Cara kerja

how your website works

Mewujudkan dan menguruskan laman web anda tidak pernah menjadi semudah ini. Begini caranya.

  • Buat laman web, blog, atau kedai web.
  • Selaraskan laman web mengikut citarasa anda.
  • Berkongsi laman web anda dengan orang ramai.
  • Cepat, mudah, dan tidak memerlukan sebarang pengalaman atau pendidikan reka bentuk web.



Smiley - easy use of SimpleSite's service

Penggunaan SimpleSite Adalah Mudah Sekali Seperti Satu, Dua, Tiga!

Kami, SimpleSite, percaya bahawa ia amat penting bagi membolehkan orang ramai pada tahap keupayaan teknologi yang berbeza untuk memanfaatkan potensi laman web sepenuhnya. Kami adalah platform pertama yang benar-benar mudah digunakan untuk sesiapa saja yang berminat mewujudkan laman web peribadi, blog, atau kedai web. Yang penting sekali, anda boleh menjadi online dengan laman web sendiri dalam beberapa minit saja!

SimpleSite adalah berbeza dengan syarikat yang lain kerana ia berhasrat menjadikan proses membina laman web sendiri secepat dan semudah yang mungkin, pada masa yang sama memberi anda kawalan sepenuhnya ke atas penapilan dan citarasa laman web anda. Anda hanya perlu pilih jenis laman web, menyesuaikan penampilannya dengan wizard reka bentuk kami, dan masukkan maklumat yang diperlukan untuk menjadikannya milik anda. Ini akan memberikan anda laman web yang boleh diuruskan mengikut gaya kesukaan anda!

Hearts -our users love SimpleSite

Orang Yang Akan Suka SimpleSite

Kaedah kami bukannya disediakan untuk pemaju web profesional tetapi untuk sesiapa yang ada keinginan untuk mewujudkan sudut kecil sendiri dalam alam internet. Hasrat kami adalah untuk menawarkan pembina laman web yang mudah untuk digunakan oleh sesiapa sahaja. Tiada pereka, pemaju, atau webmaster diperlukan!

Anda boleh guna perkhidmatan kami untuk memaparkan perniagaan, hobi, kelab sosial, blog atau bakat khas anda dengan reka bentuk laman web yang cantik. Selain itu, anda boleh membuat laman web supaya ahli keluarga dan rakan-rakan anda boleh melihat video, gambar dan mesej daripada anda, tanpa kira di mana mereka berada! Perkhidmatan kami menyediakan semua ini dan banyak lagi. Kami menawarkan pelbagai reka bentuk, disesuaikan khas untuk tujuan laman web anda.

Tools - within minutes you can have your own website

Cara menggunakan SimpleSite

Ada gambar hebat yang ingin dipaparkan? Anda boleh mewujudkan album foto supaya sesiapa sahaja yang melawat laman web anda boleh melihat karya anda. Adakah anda ingin meluahkan pendapat anda? Buat laman blog dan mula menulis. Anda juga boleh membina kedai web dengan penerangan produk dan imej, membuat senarai harga atau perkhidmatan, menyediakan carta salasilah, dan banyak lagi.

SimpleSite menyediakan pembina laman web langkah-demi-langkah yang cepat supaya ia boleh digunakan oleh sesiapa saja. Dalam hanya beberapa langkah mudah anda boleh membuat laman web anda sendiri, sama ada profesional atau peribadi. Hasilkan laman web anda hari ini.