DALAM MASA 5 MINIT, LAMAN ANDA SUDAH ONLINE

Semudah 1-2-3
Wujud laman anda sendiri.

Cipta laman web dengan 3 langkah mudah

Testimoni

Kedai online karya seni
Hobi saya telah menjadi perniagaan dengan SimpleSite. Saya tidak mahir dengan komputer tetapi laman web
saya sudahpun bersedia tanpa disedari saya.
Kedai online karya seni
Laman web rumah anjing peliharaan
Mudah untuk digunakan, walaupun untuk mereka yang tidak mempunyai sebarang pengalaman membangunkan laman web. Pelbagai templat stok yang hebat dengan keupayaan untuk penyesuaian seperti yang diperluka.
Laman web rumah anjing peliharaan
Blog keluarga
Jika saya boleh menghasilkan laman web, semua orang juga boleh melakukannya! Halaman Album sesuai untuk berkongsi gambar dan video dengan keluarga saya dari jarak jauh.
Blog keluarga

Menjual PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Pelanggan anda berada online dan sedang menunggu.

Ia seolah-olah SimpleSite diciptakan khas untuk anda, sama ada anda merupakan seorang peniaga kecil-kecilan atau seorang tukang kayu, pekebun, penjaga, seorang artis atau pemilik kedai yang memerlukan apa jua bentuk bantuan yang boleh diperolehi. Di SimpleSite, anda berpeluang untuk mewujudkan laman web anda sendiri yang membolehkan pelanggan berinteraksi dengan anda. Anda juga boleh memperkenalkan produk anda menerusi paparan album foto, penerangan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan, berkongsi pengalaman, penyebaran berita serta acara khas bagi meningkatkan kesedaran umum tentang perniagaan anda. Ia amat mudah, proses yang diperlukan mengambil masa tidak sampai lima minit. Jangan lepaskan peluang ini untuk mencubanya.

menyatukan RAKAN DAN MINAT

SimpleSite umpama sebuah rumah kelab online.

Kelab dan persatuan sosial merupakan entiti yang penting dalam penyatuan komuniti. Kelab sukan, kelab motosikal dan aktiviti amal - yang mana senarainya tidak berkesudahan, begitu juga dengan tugasan yang berkaitan dengannya. Dengan SimpleSite ia amat mudah. Dengan penggunaan SimpleSiteuntuk persatuan anda, anda boleh menganjurkan acara dan perjumpaan di kalangan ahli di satu tempat. Daripada Terma & Syarat hinggalah ke tarikh dan berita, daripada senarai keahlian hinggalah ke album foto - terdapat fungsi yang tersedia bagi memenuhi setiap keperluan anda. Berkomunikasi secara langsung antara satu sama lain menerusi halaman yang disediakan. Dengan SimpleSite, kekal bersama menjadi mudah. Cubalah sekarang.

tuliskan sesuatu tentang ANDA DAN KEHIDUPAN SECARA AM

Ceritakan kisah anda melalui blog peribadi

Adakah anda ingin menguji bakat penulisan anda atau hanya sekadar berkongsi fikiran? Adakah anda gemar mengumpul gambar dari laman web atau majalah, atau anda mempunyai projek peribadi yang ingin didokumentasikan? Wujudkan satu blog. Tidak ada batasan kepada apa yang anda boleh lakukan dengannya, semuanya bergantung kepada kreativiti anda. SimpleSite telah menjadikannya begitu mudah untuk anda memulakannya dengan hanya tiga langkah yang mudah. Dalam masa lima minit, anda boleh memilih warna dan reka bentuk, meletakkan teks atau gambar pertama anda dan memilih nama. Seterusnya hanyalah anda dan pemikiran anda. Dan semestinya Internet.

KUMPULKAN SEGALANYA YANG BERKENAAN DENGAN HOBI ANDA

Kongsikan hobi anda dengan mereka yang mempunyai minat yang sama!

Bukankah mempunyai hobi yang anda cintai merupakan sesuatu yang amat menggembirakan? Hobi yang begitu mengasyikkan - dan berkongsi dengan orang lain. Mungkin anda suka fotografi dan pakar dalam bidang burung, atau anda mempunyai taman tercantik di kawasan anda dan mengetahui serba-serbi tentang bunga ros. Sama ada anda merupakan seorang pencinta haiwan atau mempunyai almari yang penuh dengan barangan sukan, inilah masanya untuk anda berkongsikannya dengan dunia luar. Dengan kemudahan SimpleSite, anda boleh menghasilkan laman web anda sendiri yang memaparkan album foto dan menceritakan mengenai hobi anda. Dan penggemar yang lain juga boleh mencari anda. Anda mungkin mempunyai banyak perkara yang boleh dikongsikan. Anda boleh melakukannya dalam masa lima minit. Marilah mencubanya.

TUNJUKKAN BAKAT ANDA

Kagumkan para pelawat dengan persembahan anda

Ia memerlukan seseorang itu bekerja keras dan penuh dedikasi untuk mendapatkan wang dengan bakat seperti anda. Hari ini, amatlah sukar untuk menunjukkan dan mempromosikan bakat anda kepada dunia luar tanpa pertolongan peralatan digital. Orang kebanyakan mesti boleh menjumpai anda di online. SimpleSite adalah peralatan yang anda perlukan. Isikan laman web anda dengan video, gambar dan penerangan tentang prestasi anda, letakkan testimoni, acara akan datang dan buku pelawat - keputusan di tangan anda, laman web ini adalah milik anda.

MENGHASILKAN LAMAN WEB SENDIRI AMATLAH MUDAH:

1

Pilih salah satu reka bentuk kami

Pilih susun atur dan skema warna yang anda perlukan.
2

Tuliskan cerita anda dan pilih gambar yang diperlukan

Tulislah sebanyak mana yang anda suka. Anda boleh menambahnya kemudian.
3

Pilih satu nama yang hebat untuk laman web anda

Anda juga boleh mendapatkan nama domain.

SimpleSite SEMUDAH 1,2,3.

Cubalah sendiri – anda boleh membuat sebarang perubahan di masa yang lain.


Lebih
20 juta
orang
telah mencubanya

Dengan jumlah yang begitu ramai, kami pasti tidak silap. Kami menye-
diakan penyelesaian laman web
yang paling mudah.

Kami sentiasa bersedia untuk membantu anda

Kami telah menjadikannya mudah, namun jika anda menghadapi sebarang masalah, kami sentiasa
bersedia untuk memberikan
bantuan dan nasihat.

Kami adalah syarikat yang sukakan
peluang

Kami sentiasa berkembang maju,
jadi kami mengalu-alukan sebarang pendapat daripada bakat besar yang mungkin menjadi rakan kongsi kami.

Mudah, senang, pantas dan
harga yang berpatutan.

Itulah moto kami. Dan kami sentiasa berusaha untuk menjadikannya
lebih baik dan lebih mudah
sepanjang masa.